Tuesday, December 01, 2020

Disclaimer

Apabila saudara membaca blog ini, ambil ingatan bahawa saya tidak tahu bahasa Arab dan saya bukan lulusan fakulti Islam. Saya juga tidak melakukan tafsiran. Saya hanya melakukan analisis struktural. Terima kasih.

Dalam menjalankan analisis ke atas struktur Surah Yusuf, rujukan saya adalah:

Al-Qur'an dan Tafsirnya, Universitas Islam Indonesia, Jakarta, 1990.

Al-Qur'anu'L-Karim Terjemahan dan Huraian Maksud, Maulana Abdullah Yusuf Ali, terjemahan oleh Muhammad Uthman El-Muhammady, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1999.

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, Mushaf Malaysia Rasm Uthman, Darulfikir, Kuala Lumpur.

Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan, Yayasan Restu, Shah Alam, 2005.

Tafsir Quran Karim, Prof. Dr. H. Mahmud Yunus, PT Hidakarya Agung, Djakarta, 1973.

Study of the Noble Qur'an Word-For-Word, compiled by Darussalam, Riyadh, 2000.

The Holy Qur'an Translation and Commentary, A. Yusuf Ali, Islamic Propagation Centre International, 1934.

The Qur'an Translation and Commentary, TB Irving (Al-Hajj Ta'lim Ali), Omar Brothers Publications Pte Ltd, Singapore, 1992

English Translation of the Meaning of Al-Qur'an Guidance for Mankind, Muhammad Farooq-i-Azam Malik, The Institute of Islamic Knowledge, Texas, USA, 1997.

The Massage of the Qur'an, Translated and Explained by Muhammad Asad, Dar Al-Andalus, Gibraltar, 1980.




12 Komen:

At 6:47 PM, Anonymous Anonymous oleh...

Ya, saha faham tentang itu & saya juga tidak fasih berbahasa arab serta bukan lulusan fakulti pengajian Islam, sbb itu kita perbincangkan ini secara terbuka supaya sama-sama dpt mengambil bahagian serta manfaatnya... dasar ketelusan bukan? Saya pun hanya membuat analisis ringan sahaja secara struktural terhadap surah Yusof, kalau menyinggung, saya mohon maaf, bukan maksud mempertikai. Alang-alang kita sudah menganalisis Surah Yusof, eloklah kita kaji sepenuhnya sehingga ke akar umbi. Mungkin orang lain tidak berani memperbincangkan begini secara terbuka kerana takut tergeser hubungan dengan Sifu, tapi saya fikir begini, inilah keindahan muzakarah - menerbitkan dan mencabar kreativiti minda seseorang, baik untuk penulis agar berfikiran kritis. Penulis itu juga kan seorang pemikir? Kalau tidak dinyalakan mana mungkin pelita hati mahu menyala dan menerangi sekeliling. Wuallahua'lam.

 
At 8:28 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. oleh...

Sdr SF, mengapa alamat blog sdr itu bertindan dengan teks komen sdr, tolong betulkan. Dah letak gambar tak perlu alamat lagi kot! Mungkin problem ni di komputer saya sahajakah?

 
At 5:29 PM, Anonymous Anonymous oleh...

Terfikir apabila merenung byk2 kali makluman & kenyataan di sini. Knp tidak kita cthi b.mana al-qur'an itu sepenuhnya?

 
At 10:17 PM, Blogger rastom oleh...

bertindan juga di PC saya. Saya fahmam kenapa perlu ada disclaimer tu. Cuma mau menambahkata bahawa analisis struktural juga satu proses tafsir yakni yang strukturalis.. Saya amat setuju dengan usaha begini sambil menaruh harapan kalau kalau ada lulusan bahasa arab yang mau terjun sama kerana saya juga bukan lulusan arab.Itu sebenar benar ruang keterbukaan internet. bagaiamanapun tak ada rotan akar masih berguna. kalau mengharap tafsir yang syar'ie dari lulusan bahasa arab mungkin kita harus menunggu dan menunggu..

 
At 7:19 AM, Blogger ufukhati oleh...

Puan,

Jika Puan suka, boleh juga rujuk buku berikut :
1.Glorious Qur'an : An Explanatory Translation by Muhammad Marmaduke Pickthall.

2.Translation of The Glorious Qur'an by Dr.Ahmad Zidan and Mrs.Dina Zidan.

 
At 6:01 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. oleh...

Sdr Darma, terima kasih. Sdr beli Dr. Zidan di mana? Pickthall, ya saya sudah ada.

 
At 4:50 AM, Blogger ufukhati oleh...

Puan Ainon,

Keterangan buku yang saya miliki :

Translation of The Glorious Qur'an (Dr.Ahamd Zidan & Mrs.Dina Zidan)

First Published in Great Britain, 1991,
First Published in Malaysia 1995.

Published by:
A.S.Noordeen,
P.O.Box 10066,
50704 Kuala Lumpur.

Sole Distributor :

Pustaka Hayathi,
SH-14, Jalan Malawali,
Taman Setapak
53000 Kuala Lumpur.

Printed by :
Percetakan Zafar Sdn.Bhd.

PS : Saya tidak pasti tentang maklumat terkini penerbit dan pengedar di atas.

Terima kasih.

 
At 5:33 PM, Blogger Mardihah oleh...

salam ziarah,....

saya mengikuti bengkel penulisan islami PTS bersama FT baru-baru ini. Ternampak "Puan Ainon"..hati bingkas berkata...ini rupanya...tetapi kerana baru belajar dan melangkah ke dunia penulisan...maka, saya pendamkan hajat berbual-bual. Saya muda belia yang inginkan penulisan dalam benak. Aduh puan, novel pertama saya ini akan saya panjangkan segera di PTS. SUkar juga menulis setahun. Saya akan berjumpa puan. Segera dan akan menyegerakan.....

Salam Perpaduan Puan..

Selamat Maju Jaya....
Salam dari anak murid...

 
At 4:48 PM, Blogger lad oleh...

saya tak pernah terfikir sedetail ini boleh dikupas tafsir surah yusuf. Secara tak langsung menyedarkan saya betapa masih banyak ilmu yang mesti dicari. Teruskan usaha puan,sangat2 bermanfaat.

 
At 11:25 AM, Anonymous Anonymous oleh...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 12:38 PM, Anonymous Anonymous oleh...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 1:49 AM, Blogger Unknown oleh...

Saya terkejut melihat artikel ini ditulis pada Disember 2009, atau saya tersilap melihat....

Hari ni baru shj bertarikh 22 Julai 2009...

 

Post a Comment

<< Home