Mengapa Hanya Surah Yusuf
Salah satu kritikan yang saya terima daripada beberapa penulis fiksyen yang skeptikal tentang kelebihan-kelebihan teori dan teknik surah Yusuf dan aplikasinya buat menghasilkan karya sastera Islami adalah: Mengapa tidak dikaji seluruh ayat-ayat al-Quran? Mengapa setakat mengkaji surah Yusuf sahaja?
Beginilah respons saya: Fokus kajian saya adalah surah Yusuf. Bekerja dengan mempunyai fokus yang spesifik adalah amat penting kepada produktiviti. Masih banyak lagi unsur-unsur sastera pada surah Yusuf yang belum dapat saya kaji disebabkan keterbatasan pengetahuan saya dalam ilmu-ilmu al-Quran.
Bahagian-bahagian yang sudah saya fikirkan, renungkan, analisiskan, dan tuliskan hasil kajian itu pun mengambil masa lebih 20 tahun baru saya berani mengetengahkannya.
Jadi, saya tidak berupaya hendak mengkaji seluruh al-Quran. Saya berpegang kepada prinsip seperti yang dikatakan oleh Imam Shafie: "Kalau tidak dapat buat semua, jangan tidak dibuat semua."
Kepada mereka yang mengkritik saya, lebihlah efisien apabila antara kita berbahagi-bahagi kerja. Masing-masing memberi sumbangan masing-masing buat membangunkan dan memajukan penghasilan sastera Islami, baik dari sudut penciptaan teori-teorinya, analisis teknik-tekniknya, kritikannya, apatah lagi penghasilan karya kreatifnya.
Bagi pihak diri saya sendiri, biarlah saya kaji surah Yusuf, pihak-pihak lain pula kajilah surah-surah lain.
.

2 Komen:
"Kalau tidak dapat buat semua, jangan tidak dibuat semua."
Maaf bertanya, kata2 di atas tu kata2 imam syafie atau imam al ghazali?
Mungkin pihak lain dapat berkongsi teknik2 penulisan dari surah2 lain.
Ia lebih kolektif dan bersepadu.
Post a Comment
<< Home