Tuesday, December 28, 2010

Surah Yusuf dan Peri Pentingnya Kualiti Cerita dalam Karya Sastera Islami

Menyampaikan mesej-mesej Islam dengan menggunakan cerita-cerita adalah salah satu strategi kerja yang termaktub dalam Quran. Kitab suci itu penuh dengan berbagai-bagai cerita, ibarat, tamsil dan anologi. Nabi Muhammad juga menggunakan cerita-cerita bagi menyampaikan mesej Islam.

Dalam Quran, cerita tentang sejarah hidup Nabi Yusuf (Joseph) dibuka dengan ayat yang bermaksud, "Kami sampaikan kepadamu, wahai Muhammad, sebaik-baik kisah...." Justeru, dalam teori sastera Islami aliran Surah Yusuf, kualiti cerita adalah unsur yang amat dipentingkan.

Selepas selesai membaca, 'cerita' adalah unsur yang tinggal berbekas dan kekal dalam memori. Bagi orang biasa-biasa seperti kanak-kanak, remaja dan orang awam, selepas tamat membaca cerita, yang paling terpahat dalam ingatannya bukan ayat-ayat, bukan gambaran-gambaran, bukan struktur, bukan simbolisme, bukan lapisan-lapisan tafsiran - melainkan cerita.

Yang secara langsung berkesan dalam menyampaikan pesan-pesan, pengajaran, peringatan dan teladan adalah cerita, justeru cerita adalah unsur yang paling penting dalam karya. Dalam Quran, selepas Allah menyampaikan cerita, berkali-kali cerita-cerita itu diikuti oleh ayat yang mengatakan bahawa sesungguhnya dalam cerita-cerita itu ada pengajaran (kecuali cerita Nabi Yusuf yang tidak diiringi oleh ayat seperti itu).

Dalam menyampaikan kisah hidup Nabi Yusuf, Allah memberikan ciri-ciri cerita yang apabila digunakan maka ia dapat menghasilkan karya sastera yang indah dibaca serta mencetuskan kesan-kesan baik ke atas pemikiran dan keyakinan pembaca. Terbukti, ada orang bukan Islam yang memeluk Islam selepas terbaca surah Yusuf. Salah seorang daripada mereka adalah penyanyi pop Britain yang sangat terkenal pada tahun 1970-an, Cat Stevens, yang kemudian mengambil nama Yusuf Islam.

Nota
: Kepada pembaca blog ini yang beragama Islam, bacalah selawat dan salam selepas terbaca nama 'Muhammad' kerana amat besar pahalanya.


3 Komen:

At 10:14 PM, Blogger Sac Hermes Kelly oleh...

Whenever Sac Louis Vuitton Pas Cher evaluating online stores realize that Physician Dre facial area most people are preaching about Christian Louboutin pumps. That deal with is difficult to copy, and very tough to print inside the correct distinction Jimmy Choo Handbags. Chinese fakes received not any online game when it reaches right down to making at any height stop boxes just like the Generate Dre Broadcasters P90x Workout.

Do not be one particular aspirant researchers and search all over the package to get tiny goof ups, consider the facial area initially Birkin Herms. The brilliant some may be the best an individual whilst the richer some may be the fake an individual. The particular throat can be showing within the real just one, simply because counterfeits haven't got entry to high end models, while it is dubious the dimly lit graphic is actually better ones shopping however it's any lighter one which is reliable Monster Beats by lady gaga.

 
At 7:59 PM, Blogger JjajHanbaly oleh...

apa yang anda buat adalah satu kesinambungan dalam berdakwah dan tak semestinya kita lakukan luar dari kemampuan kita , malah kita berusaha sedaya upaya yang mungkin setakat kemampuan mungkin apa yang sedang dilakukan akan mendapat anugerah yang terbaik di padang mahsyar ,usahalah....

 
At 8:00 PM, Blogger JjajHanbaly oleh...

apa yang anda buat adalah satu kesinambungan dalam berdakwah dan tak semestinya kita lakukan luar dari kemampuan kita , malah kita berusaha sedaya upaya yang mungkin setakat kemampuan mungkin apa yang sedang dilakukan akan mendapat anugerah yang terbaik di padang mahsyar ,usahalah....

 

Post a Comment

<< Home