Saturday, December 11, 2010

Dakwah dalam Novel: Prinsip Surah Ysuf

Mengikut teori sastera konvensional, penilaian dilakukan oleh manusia berdasarkan kayu-kayu ukur, yakni teori-teori sastera, ciptaan intelek manusia. Justeru sesebuah karya itu dikatakan karya sastera yang bermutu disebabkan ada individu-individu yang mengatakan begitu berdasarkan kayu ukur yang mereka cipta dan digunakan bagi menilai karya itu.

Apabila berdiskusi tentang novel Islami, menurut kayu ukur sasterawan aliran konvensional, mesej dakwah dalam novel tidak sepatutnya dituliskan dengan terang dan jelas. Sebaliknya mesej dakwah itu perlu disampaikan secara halus, samar-samar, dan terselindung di sebalik simbol-simbol. Justeru mereka menolak kehadiran petikan ayat-ayat Quran dan hadith dalam novel Islami.

Pada penilaian sasterawan konvensional, sastera itu lain, kitab agama itu lain. Disebabkan pandangan sebegitu, novel yang mengandungi unsur-unsur dakwah yang jelas dan terang diberi penilaian negatif, dianggap tidak bernilai sastera, tidak indah, malah dikategorikan ‘bukan sastera’.

Pada pandangan sasterawan konvensional, novel Islami hendaklah mendahulukan unsur-usur sasteranya, bukan unsur-unsur dakwahnya. Dengan demikian barulah novel itu dapat diterima sebagai bernilai sastera.

Justeru, para pendukung teori-teori sastera konvensional berpegang pada pandangan bahawa novel Islami yang berkualiti adalah novel yang unsur-unsur dakwahnya lemah, cair, kelam, ambigus.

Mereka mengemukakan contoh mesej dakwah yang halus, yang simbolik, justeru dikatakan indah, adalah seperti yang terdapat dalam novel The Old Man and the Sea karya Hemmingway. Dalam novel itu pada hujung cerita, orang tua itu memikul tiang layar perahunya naik ke pantai dengan matahari petang di belakangnya, lalu bayang-bayang yang jatuh ke atas pasir pantai serupa dengan gambar salib. Selain itu tidak ada langsung ayat-ayat yang dengan jelas menerangkan bahawa orang tua itu mempunyai sebarang agama.

Fenomena novel Ayat-ayat Cinta oleh Habiburrahman al-Sherazy yang terjual lebih 400 ribu naskhah di Indonesia membuktikan peminat sastera mahukan mesej dakwah yang terang dan jelas.

Angka jualan AAC adalah bukti bahawa pembaca sastera mahukan petikan ayat-ayat Quran dan hadith, mahukan dialog yang dengan jelas mengajak orang mencegah kejahatan dan melakukan kebaikan, yakni unsur-unsur yang ditolak oleh pemikir-pemikir sastera konvensional.


Dalam surah Yusuf, mesej dakwah dihadirkan dengan jelas dan terang, baik dalam ayat-ayat naratif mahupun dalam ayat-ayat dialog. Implikasinya adalah di sisi Tuhan, sesebuah kisah yang indah adalah kisah di mana mesej-mesej dakwahnya ditulis dengan jelas dan terang.

Justeru, apabila menilai apakah sesebuah novel itu Islami ataupun bukan Islami, maka kayu ukur yang digunakan seharusnya adalah ciptaan Tuhan, bukan kayu ukur ciptaan manusia.

Isu ini relevan dengan isu dasar dan senarai kriteria yang digunakan oleh panel hakim dalam pelbagai peraduan penulisan sastera Islami.

Nota: Ayat-ayat Cinta sudah diterbitkan semula di Malaysia dan boleh dibeli di semua kedai buku utama.

.


1 Komen:

At 10:13 PM, Blogger Sac Hermes Kelly oleh...

Whenever evaluating online stores Christian Louboutin pumps realize that Physician Dre facial area most people are preaching about. That deal with is difficult to copy, and very tough to print inside the correct distinction Sac Louis Vuitton Pas Cher. Chinese fakes received not any online game when it reaches right down to making at any height stop boxes just like the Generate Dre Broadcasters Monster Beats by lady gaga.

Do not be one particular aspirant researchers and search all over the package to get tiny goof ups, consider the facial area initially Jimmy Choo Handbags. The brilliant some may be the best an individual whilst the richer some may be the fake an individual P90x Workout. The particular throat can be showing within the real just one, simply because counterfeits haven't got entry to high end models, while it is dubious the dimly lit graphic is actually better ones shopping however it's any lighter one which is reliable. Birkin Herms

 

Post a Comment

<< Home