Saturday, December 11, 2010

Teknik Menulis Novel Islami Tidak Semuanya Serupa dengan Novel Konvensional

Pada masa ini sudah terdapat puluhan judul novel-novel cinta Islami ala-ala Ayat-Ayat Cinta dalam pasaran.

Dalam Teori dan Teknik Surah Yusuf, novel Islami boleh menceritakan apa-apa sahaja.

Cerita Nabi Yusuf adalah cerita tentang pelbagai jenis kejahatan personal yang dinamakan manusia lelaki dan perempuan. Termasuk dalam cerita Nabi Yusuf itu adalah cerita anak-anak derhaka, adik-beradik yang cemburu, abang-abang yang sanggup membunuh adik sendiri, hakim yang korup, suami dayus, isteri curang dan macam-macam lagi.

Faktor yang membezakan antara novel cinta konvensional dengan novel cinta Islami bukanlah pada ceritanya, tetapi adalah pada teknik-teknik penceritaannya. Ertinya, cerita yang sama, tetapi teknik penceritaannya yang berbeza. Jadi dapat disimpulkan bahawa ada teknik penceritaan yang Islami yang yang tidak Islami.

Sebagai contoh, dalam isu menggambarkan kisah kejelitaan watak-watak perempuan, teknik penceritaaan dalam novel konvensional membenarkan pengarang menggunakan ayat-ayat naratif bagi menggambarkan unsur-unsur kejelitaan fizikal pada watak perempuan. Tetapi, tidak demikian dalam teknik penceritaan novel Islami.