Tuesday, December 01, 2020

Surah Yusuf Mazhab Rasmi PTS

Pengumuman Rasmi!

Selepas beberapa lama menjalankan analisis ke atas surah Yusuf dan membincangkan serta melakukan pelbagai ujian aplikasinya dalam aktiviti penulisan karya kreatif, kita berpuas hati surah Yusuf dapat dijadikan asas bagi teori sastera Islami.

Dengan mengangkat surah Yusuf menjadi teori rasmi sastera Islami PTS, ini bermakna PTS hanya menerbitkan karya-karya kreatif yang mematuhi prinsip-prinsip dan teknik-teknik yang terdapat dalam surah Yusuf.

Genre karya-karya kreatif yang tertakluk di bawah dasar ini adalah novel dewasa, novel remaja, novel agama, fiksyen sains, fiksyen sejarah, cerita rakyat, cerita kontot, storyboard, skrip komik, ilustrasi kulit luar, ilustrasi dalam buku, dan lukisan komik.



3 Komen:

At 9:41 AM, Blogger Zain Hj Mohamed oleh...

Sangat menarik pendekatan ini. Semoga ia berjaya menghasilkan karya-karya yang bakal mengubah minda pembaca sambil menambah karya-karya sastera bermutu dan berteraskan unsur Islami.

Saya berminat untuk menghasilkan ilustrasi kulit (berkomputer) untuk buku-buku PTS; Apakah ada kemungkinan ini, dan Bagaimana prosesnya

 
At 11:26 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. oleh...

En Zain, minta tulis emel kepada saya ainon@pts.com.my

 
At 9:31 AM, Blogger jiwa.lalat oleh...

salam. saya rasa ayat2 cinta pakai teori surah yusuf ni agaknya. saya berminat melukis komik, dan jika saya nak hantar contoh komik saya, boleh ke hantar kat puan? saya mendengar editor alwancomic pun ahli syrkt pts.

 

Post a Comment

<< Home